Thursday, 9 June 2011

~ Petanda Wanita Jatuh Cinta ~

1~ Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .

2 ~ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3 ~ Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4 ~ Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5 ~ Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti aiskrim .

6 ~ Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian .

7 ~  Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8 ~ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

9 ~ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10 ~ Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

11 ~ Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

12 ~ Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

13 ~ Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri !! jangan suka buat andaian sendiri .

14 ~ Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

15 ~ Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya !!

16 ~ Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

17 ~ Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

18 ~ Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

19 ~ Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

20 ~ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



HARGAILAH INSAN BERGELAR WANITA SEPERTIMANA MEREKA MENGHARGAI ANDA .. :)

0 comments:

Post a Comment