Thursday, 27 October 2011

P.E.R.A.S.A.A.N



Melihat sekeliling aku yang penuh dengan tekanan membuatkan aku terkenangkan si dia yang mungkin telah hilang dari pelusuk bumi . Dia, seseorang yang kini selalu menemani masa-masa lapar aku. Orang yang akan membuat telefon bimbitku berbunyi setiap kali waktu makan tiba . Dia orang yang membuatkan aku memecahkan keheningan pagi disisi dia.Aku masih teringat,sewaktu kami bersama-sama menjadikan mid-night sebagai medan untuk berpolitik tentang kehidupan seharian kami . Walaupun tidak banyak yang kami bualkan,namun perbualan setiap kalinya membuah kan rasa bingung yang mendalam terhadap diri dia. Aku semakin tidak mengenal dia . Tidak memahami cara pemikiran dia. Bahkan,untuk memahami dia..aku rasa diri aku semakin gagal.


Apa yang aku dapat lihat kini,EGO diletakkan pada carta billboard teratas manusia zaman modenisasi kini . Aku semakin rasa yakin yang perkara paling dicari zaman kini adalah kecantikkan & kekayaan . Semakin kurang rasanya keikhlasan yang terdapat dalm jiwa nurani insan manusia modenisasi kini .Mengapa ini berlaku ? Aku pun tak pasti,mungkin akibat ketidakmatangan remaja2 meningkat naik yang menjadikan Rempit sebagai alternatif untuk mendapat nama lalu merosakkan seluruh sel-sel otak mereka sehingga membesar menjadi bajingan. Atau kerana tsunami yang melanda jepun baru-baru ini ?Hmm..hanya masa boleh menjawabnya

"Ikhlas kan diri untuk menerima orang yang akan hidup dengan kau nanti..kerana kau akan hidup dengan dia..kelemahan dia adalah tanggungjawab kau untuk menerima"

Tetapi untuk mendapat seseorang lelaki yang menerima segala kelemahan aku adalah bagaikan bermimpi untuk menikahi justi bieber!
Secara jujur..aku dah dapat melihat dan menilai ..lelaki-lelaki yang mahukan aku ikhlas atau pun hanya untuk menjadikan aku tayangan sementara.Mungkin aku muda dan nampak naif yang bodoh bodoh alang,tapi otak aku mampu berfikir dengan kelajuan 360km/j .Hmm..Aku tidak pasti kenapa . Yang pasti,mereka menjijikkan . Datang dalam hidup aku untuk menjadikan aku bahan hilang bosan dikala bulan mengambang. Bila kebosanan sudah hilang dan berjumpa bunga lain,aku akan ditinggalkan tertanya2 melalui peti mel simpanan suara semata-mata !Kasihan aku bukan .

Tapi aku silap juga.selalu mengharapkan orang yang salah..Aku pun tak pasti mengapa ..selalu saja aku terjumpa orang yang salah..orang yang hanya mahu mempersendakan rasa suka n cinta aku . Aku pun tak pasti la kenapa . Mungkin kebodohan aku telah mencapai tahap 3 sekolah rendahn.. Tapi apa yang aku lihat,dia menggantungkan aku tidak bertali . Membuat kan aku tertanya -tanya ..betul ke dia berkenaan suka dan sayang pada diriku yang serba kurang  ini ? semakin aku bertanya..semakin aku tak mendapat jawapan . Dan aku semakin rasa rendah diri. Hodoh benar ke aku sehingga diperlakukan sebodoh ini. Aku mulai menapak setapak kebelakang menarik nafas panjang. Dan seperti biasa..menangis dalam hujan lebat!



Mungkin orang boleh cakap aku bodoh .Tapi perasaan ni bukan boleh paksa-paksa .. Kalau ada ubat boleh lupakan orang . aku confirm akan beli . Dah lama break .. cuma hati masih menafikan kenyataan . Nak kata xcuba move on,dah cuba . Mungkin tuhan sedang menguji aku .

0 comments:

Post a Comment